Rabu, 17 Oktober 2012

andai ketemu

carilah
seseorang yg boleh 
membuat kamu menangis 
membuat kamu ketawa
membuat kamu bersabar bila marah
membuat kamu marah bila kamu diuji
membuat kamu teruji bila kejauhan
membuat kamu kejauhan bila kerinduan
membuat kamu kerinduan bila kesepian
membuat kamu keresahan bila kehilangan
andai kau ketemui
jaga lah dengan sebaik sebaiknya
jangan dilepaskan jika kamu ketemui...
usah dikemudian hari timbul penyesalan
jangan dijadi falsafah "cinta tak harus memiliki" itu sebagai pegangan hidup....
perjuangkan selagi dia belum menjadi hak milik kekal perseorangan....
lamar dulu kedua dua orang tua nya...
pastikan restu orang tua...
andai terhalang..... nadai ko enggau meh.. berserara pia ajak meh deh..
^^V
#air mata
-AkuMusafirSepi-

Selasa, 16 Oktober 2012

untukku untukmu jua

Allahuakhbar...

Apa yg menghalang kamu kembali ke jalan yg dirahmati olehNya...



Sedangkan engkau tahu segala rahmat dan nikmat datang dariNya seperti mana yang telah dinyatakan dalam 


Surah Al Fatihah Ayat ke-6 

                        



1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.




2. Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara
semesta 'alam.




3. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.




4. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.




5. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan.




6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.





7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas

mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula

jalan orang-orang yang sesat.

Sahabat sahabat ku...
Apa yg membuat engkau begitu angkuh...
Adakah kejayaan yg kau kecapi di duniawi yg membuat engkau meninggalkan segala perintah dan laranganNya
MasyaAllah,
Riak adalah dugaan terbesar buat seseorang hambaNya yang ingin kembali ke pintu taubat...
Kuatkan imanmu sahabat, kuatkan hati
InsyaAllah,Dia ada bersamamu...
Nyalakan api iman dalam dirimu dengan selalu ingat padaNya
Sucikan hatimu...
InsyaAllah kau akan ketemui ketenangan....
Sama sama kita beringat wahai sahabat...duniawi ini adalah sementara,akhirat itu adalah nyata.... Ucaplah kalimah Alhamdullilah, atas kurniaNya...

^^V

#Perjuangan kita

-AkuMusafirSepi-

awak kata awak benci saya

girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita
boyfriend :untuk ape ? malas la ..awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..
girlfriend :hurm .. yelah..
boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..
girlfrend : hadiah ? .. ok ..
boyfriend : ok .. cuba tengok ni ..saya belikan patung beruang untuk awak ..
girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cinci
n hubungan kita !(sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )

lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas ..perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..

' you .. see in my pocket.. '

dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? ..di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut ..tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya

^^V
#air mata

-AkuMusafirSepi.

perlu ke

mengapa perbalahan perlu terjadi?
suami isteri?
pasangan kekasih
kawan kawan 
majikan dan pekerja
pekerja dan pelanggan
mengapa perlu wujud perbalahan?
pengadil dan pemain
jurulatih dan penaja
penaja dan penaja yg lain
mengapa perlu adanya perbalahan
^^V
#hentam sana hentam sini
-AkuMusafirSepi-

keluhan perantau

Kembara anak desa meredah belantara mencari rezeki di Bumi Baroqah...
Kehadirannya Kadang disenangi
Kadang dipulaukan
Kadang disambut
Ada yang simpati menghulurkan bantuan yang ikhlas
Kekadang ada yang mengambil kesempatan terhadap anak desa yang merantau...
Ditawarkan upah yang lumayan dan berpatutan untuk menyiapkan kerja...
Dengan penuh tekun kerja diberi disiapkan,lebih awal daripada tarikh ma
tang ditetapkan...
Tersenyum lebar dan teringat akan rezeki bakal diterima...wajah bonda dan ayahanda bermain di minda...
Hampa anak desa menjadi hampa, upah yang ditawarkan dibawa lari oleh pemalsu janji....
Bersabarlah anak desa..
Usah ditangisi kerana kehilangan harta duniawi...

^^V
#anak desa setia berbakti...

-AkuMusafirSepi-

janji mu

Kau berjanji akan masih 
Setia seperti dahulu 
Menyintai menyayangi 
Dengan sepenuh hati 

Dalam hujan dan kemarau 
Kau lindungi aku 
Belum puas ku kecapi 
Hangat kasihmu 

Sejak engkau pergi dulu
Kau bawa bersama bisa hati ini
Kembalikan belaian jiwaku
Moga cinta bercahaya selamanya
Ooo...

Sedalam mana cintamu
Hingga sanggup melukakan hati ini
Dikala kurindu kasih sayangmu
Di sisiku hingga akhir nanti

Pulangkanlah bintang siang dan malamku
Lepaskanlah sengsara ini
Katakanlah aku menjadi milikmu
Berjanjilah hilangkan resahku
^^V
#masihkah engkau ingat

-AkuMusafirSepi-

Selasa, 10 Julai 2012

Maafkan Aku Kekasih


Assalamualaikum Cinta
kupohon padamu agar tidak membiarkan
Kasih kita diselubungi awan Benci izinkan Rinduku terus menyapa Sayangmu dan terus bersemi di kalbumu..
Cinta ..
Rinduku pada mu
Teramat Rindu padamu Cinta...
kini kau telah menjauh dariku Cinta...
Cinta kupohon kekuatan dan kesabaranmu agar Sayang kita akan terus berpanjangan
dan Kasih kita akan berkekalan........


Tak usah ditanya mengapa ku pilih Bunga yang mewangi terliar berseri

Yang tak akan nampak di mata pun

Berwarni dari lain-lain

Segan untuk aku sapa

Walau ada maksud yang ku sembunyi

Pernah ku mencuba terima seadanya

Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku

Hingga lelah jiwa ku dikecewa

Yang tak mungkin berpaling kembali

Namun ku yakinkan nanti

Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohon kau yang indah pada mu

Untuk ku tatap menawar resah ku

Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik

Bersantun kata kata tentang cinta

Bicarakan rindu pada ku

Mengharum selamanya




Selasa, 10 Januari 2012

kau bernama ISTERI



Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Rabu, 4 Januari 2012

ASSALAMUALAIKUM



Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil - dalil nya  juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi di sana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
  • 1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk ) ...
  • 2. orang yang sedang berada didalam tandas ...
  • 3. Orang yang sedang makan dan minum ...
  • 4. orang yang sedang berperang ...
  • 5. Orang yang sedang membaca al-quran atau berdoa
  • 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah ) ...
  • 7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat ...
  • 8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat ...
  • 9. Orang yang sedang azan dan iqamat ...
  • 10. Orang yang sedang qada’ hajat ...
  • 11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’) ...
  • 12. Orang yang sedang iqamat ...
  • 13. Orang yang sedang mabuk ...
  • 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi ...
  • 15. Orang yang sedang solat ...
  • 16. Orang gila ...
  • 17. kanak - kanak ...
  • 18. Orang yang mengantuk atau sedang tidur ...
  • 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman ...
  • 20. Salam pemuda kepada pemudi atau sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah ...
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
::: >>>>  Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
:::...  Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yang bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah… Jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki… Jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Selalu aku jumpa kes budak lelaki mengorat budak perempuan dgn bagi salam, kemudian bila si perempuan tak menjawab, dikatanya tak baik tak jawab salam. Harus dijawab.. Dan yang sempoi nye tu si perempuan pulak kadang kadang menerima je hujah tersebut tanpa berpikir panjang..
B
erbalik kepada persoalan ke dua, Amende nye As’Kum Assmekum? Kalau rasa nak sangat bagi salam, cuba la bagi salam dengan sebutan dan huruf yang lengkap. Tak payah nak tunjuk baik tapi malas nk taip ayat yang betul. Tak da maksud kalau kita taip Askum or Assemekum kerana     ini seakan mendoa kan " celaka ke atas kamu ....

          


Ucapan Salam

Ucapan salam yang lengkap adalah “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” yang artinya “semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian”. Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:”Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu”. Maka ‘Aisyah RA menjawab:”Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh” (HR. Bukhary dan Muslim).

Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
  • a. Assalaamu ‘alaikum
  • b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
  • c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)